KUANTAN, JUMAAT, 01 Februari, 013: Kerajaan meluluskan 34,700 atau 66 peratus daripada 52,415 permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) masyarakat Orang Asli membabitkan peruntukan RM14.8 juta.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek, berkata mereka yang layak itu akan menerima BR1M 2.0 masing-masing bermula awal bulan ini.
"Pecahan penerima BR1M dari kalangan masyarakat orang asli ialah bagi individu bujang yang akan menerima RM250 seorang, berjumlah 10,139 orang melibatkan peruntukan RM2.5 juta.
"Manakala bagi ketua isi rumah yang akan menerima RM500 setiap seorang berjumlah 24,561 orang dan membabitkan peruntukan RM12.2 juta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Perpaduan Jabatan Kemajuan Orang Asli, (JAKOA) kesembilan di sini, hari ini.
Hasan berkata, baki 34 peratus lagi permohonan akan disemak lebih mendalam oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk memastikan mereka benar-benar layak menerima bantuan berkenaan.
"Kita melihat permohonan BR1M kali ini adalah respons positif kepada inisiatif kerajaan dalam usaha membantu masyarakat Orang Asli menjalani kehidupan seperti kaum-kaum yang lain di negara ini.
"Ini sekali gus menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang sering membuat tohmahan yang mengatakan kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional mengabaikan kebajikan masyarakat Orang Asli di negara ini," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, karnival berkenaan bakal menjadi medan mencungkil atlit berpontensi dalam kalangan masyarakat Orang Asli menerusi acara sukan.
"Mereka ini sebenarnya mempunyai tenaga dan kudrat yang kuat, dan jika diketengahkan bakat-bakat yang berpotensi dalam apa juga jenis sukan, sebenarnya masyarakat Orang Asli juga mampu mengharumkan nama negara dalam bidang sukan.
"Ia turut membuktikan masyarakat Orang Asli juga mampu mengukir nama dan berjaya seperti kaum-kaum lain di negara ini, asalkan mereka diberi peluang membuktikan kebolehan mereka dalam apa jua bidang, termasuk sukan," katanya.
Karnival empat hari itu disertai kira-kira 900 tenaga kerja JAKOA dan masyarakat Orang Asli dari seluruh Semenanjung. -BERNAMA

No comments:
Post a Comment