My Add

Monday 25 February 2013

Kronisme: Dr. Mahathir jawab tuduhan Anwar

Oleh AZMAN IBRAHIM
KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Februari, 2013: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menempelak Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuduhnya mengamalkan kroni keluarga dalam Petronas.

Sebaliknya, kata Mahathir, Anwar sendiri yang telah mengamalkan dasar kronisme sewaktu bersama kerajaan suatu masa dahulu.

Katanya dalam blog http://chedet.cc/ di sini, Anwar menuduhnya mengamalkan kronisme kerana memberi kontrak Petronas kepada anak lelakinya.

"Anwar Ibrahim telah menuduh saya, sebagai penasihat Petronas telah terlibat dalam pemberian kontrak Petronas kepada anak saya.

"Bagi Anwar, inilah yang biasa dilakukan olehnya jika ia berkuasa. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, memang pun banyak kontrak diberi olehnya kepada penyokong politiknya dan keluarganya," kata Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir menjawab, kerajaan telah pun mempamerkan semasa Perhimpunan Agung UMNO senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa.

"Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai," tegas Dr. Mahathir. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment