My Add

Saturday 2 February 2013

Kuasa Anthony Loke dalam DAP dipersoal

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mempersoalkan ‘kuasa’ yang dimiliki Anthony Loke Siew Fook dalam isu penawaran kerusi kepada anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.

Menurut Tunku Abdul Aziz, Siew Fook yang merupakan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, bukan sahaja menawarkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Tunku Zain tetapi juga kerusi Parlimen setelah tawaran pertama ditolak.

“Walaupun isu ini telah menjadi perkara umum, masih tiada tindakan disiplin dikenakan terhadap Siew Fook.

“Walhal, ketika Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy didakwa menawarkan kerusi kepada beberapa individu, dia telah dipanggil War Lord dan diseret ke jawatankuasa disiplin parti. Ini memang pilih kasih," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment