My Add

Saturday 2 February 2013

Masa terbaik tolak Pas, parti pembangkang - Zahid Hamidi

Oleh AIN SAFRE BIDIN

 *DR. AHMAD Zahid Hamidi (belakang, lima dari kiri) selepas menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan RM100 kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir, Bagan Datoh, Perak, semalam. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN

BAGAN DATOH, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Inilah masa terbaik untuk rakyat menolak Pas dan parti-parti pembangkang lain selepas melihat apa yang sekarang jelas menunjukkan parti pembangkang bukannya lebih baik daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakyat yang menyokong Pas selama ini perlu sedar bahawa parti itu tidak boleh diharapkan untuk membantu mereka kerana Pas tidak mempunyai pendirian dan menggunakan agama untuk kepentingan politik.

Katanya, banyak tindak-tanduk dan fatwa yang dikeluarkan oleh Pas dibuat berdasarkan pertimbangan politik dan berubah-ubah mengikut keadaan termasuk dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.

"Apa yang berlaku kepada bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan bekas Naib Presidennya, Datuk Dr. Hasan Ali dan pemimpin-pemimpin Pas yang juga lain perlu dijadikan iktibar.

"Begitu juga dengan apa yang berlaku ke atas bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan ramai pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah meninggalkan parti perlu dijadikan iktibar oleh rakyat," katanya yang juga Menteri Pertahanan, lapor UTUSAN>

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan RM100 kepada seramai 167 pelajar di Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, tindakan Pas memecat Nasharudin dari Majlis Syura Ulama dan Hasan dari parti itu menunjukkan parti tersebut sebenarnya yang tidak membenarkan perbezaan pendapat walaupun sering menuduh UMNO dan BN bersikap demikian.

"Selama ini, Pas menuduh UMNO dan BN tidak boleh menerima teguran dan tidak membenarkan ahli parti bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan atau orang lain untuk membuat kebajikan dan program kemanusiaan.

"Namun, jelas daripada apa yang dilakukan oleh Pas kepada Nasharudin dan Hasan serta ramai pemimpin Pas yang lain memperlihatkan parti itu seperti menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat supaya memberikan sokongan padu kepada BN terutama dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti bagi menjayakan agenda menjadikan Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi pada 2020.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah banyak melakukan program transformasi untuk mensejahterakan kehidupan rakyat. Oleh itu, kita perlu menyokong kepimpinan Najib dan parti yang diterajui beliau," katanya.

Tindakan Pas pecat Nasharuddin makan diri 

 BERNAMA pula memetok Dr.Zahid Hamidi hari ini menyifatkan tindakan Pas memecat Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama sebagai "memakan diri".

Beliau berkata, selama ini parti itu membuat pelbagai tuduhan antaranya Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak boleh menerima teguran atau tidak membenarkan anggota bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) atau pihak lain dalam membuat kebajikan serta program kemanusiaan.

"Jelas daripada apa yang dilakukan kepada Nasharuddin, (Datuk Dr) Hasan Ali dan ramai pemimpin Pas yang lain memperlihatkan parti itu "menepuk air di dulang terkena ke muka sendiri"," katanya.

Menyentuh pendirian Pas yang dilihat mengikut "cita rasa musim", beliau berkata, Pas perlu lebih rasional dalam menentukan hala tuju kepimpinan dalam partinya jika mereka mahu dihormati.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan menyeru mereka yang telah "terlanjur" menyokong Pas secara membuta-tuli supaya membuka mata dan hati melihat apa yang dilakukan parti itu.

"Bagi mana-mana golongan yang berada atas pagar dan penyokongnya, inilah masanya untuk membuat keputusan tinggalkan parti yang tidak boleh membantu mereka, parti yang tidak ada pendirian, parti yang menggunakan agama untuk kepentingan politik... tinggalkanlah," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa pemergian Nasharuddin ke Gaza baru-baru ini diperalatkan oleh BN, Ahmad Zahid berkata, mereka sepatutnya membezakan antara soal kemanusiaan dan kepartian.

"Siapa peralatkan siapa. Ini soal kemanusiaan, ini bukan soal parti, cuba bezakan Nasharuddin sebagai pemimpin NGO kerana itu soal kemanusiaan. Saya harap Pas bukalah mata, bukalah hati dan fikiran supaya soal kemanusiaan ini dapat dibezakan dengan kepartian," katanya.

No comments:

Post a Comment