My Add

Friday, 1 February 2013

Kumpulan YS akan bekerjasama siasat kematian gajah

KOTA KINABALU, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Kumpulan Yayasan Sabah akan bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan dalam menyiasat punca kematian gajah di kawasan konsesinya, kata pengarah Yayasan Sabah (YS), Tan Sri Datu Khalil Datu Jamalul.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi berkaitan untuk mencari punca sebenar kematian gajah-gajah itu dan mengambil langkah perlu untuk mengelak kejadian serupa pada masa depan.

"Malah, kami adalah sebahagian daripada pasukan petugas yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerjaan yang ditubuh untuk menyiasat kejadian itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment