My Add

Friday 1 February 2013

Agong mahu KL, Putrajaya, Labuan setanding bandar raya tersohor

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu"adzam Shah hari ini bertitah mahu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berada pada kedudukan teratas pada aspek "liveability, global competitiveness, ease of doing business and happiness index".

Seri Paduka bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena Hari Wilayah Persekutuan 2013 yang julung kali diadakan di Istana Negara, Jalan Duta di sini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

"Kita tidak harus leka dan mudah berpuas hati menikmati kemajuan serta keselesaan, sudah sampai masanya Wilayah Persekutuan berada setanding dengan bandar raya tersohor lain di negara maju," titah Seri Paduka. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment