Lebih 10 juta pekerja berpendapatan lebih RM2,000 menjelang 2020
IPOH, AHAD, 24 Februari, 2013: Kerajaan mensasarkan seramai 10 juta pekerja berpendapatan lebih RM2,000 sebulan menjelang 2020, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata, sasaran mewujudkan lebih banyak tenaga kerja berpendapatan tinggi dalam tempoh tujuh tahun ini mampu dicapai menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan kerajaan.
"Sehingga kini, terdapat kira-kira lima juta pekerja berpendapatan lebih RM2,000 sebulan, 4.5 juta pekerja memperoleh antara RM2,000 hingga RM7,000 dan 500,000 pekerja memperoleh lebih RM7,000," katanya selepas merasmikan Projek Pembangunan Semula Pasar Tanjung Rambutan bernilai RM5.8 juta, di sini, hari ini. - BH
No comments:
Post a Comment