My Add

Wednesday 20 February 2013

Lelaki ditahan bantu siasatan kes pemilik kelab hiburan diculik 

KUALA LUMPUR, RABU, RABU, 20 Februari, 2013: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes seorang pemilik kelab hiburan yang masih hilang, dipercayai diculik, dan keretanya dibakar pada 2 Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki berusia 32 tahun itu ditahan pada 4 petang Ahad lalu, di kawasan Brickfields.

"Suspek ditahan direman sehingga esok bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Beliau berkata kejadian itu dipercayai mempunyai kaitan dengan masalah perniagaan dan gangsterisme.

"Sehingga kini tiada sebarang wang tebusan yang dituntut dan kami juga percaya suspek yang ditahan adalah orang yang mungkin dikenali mangsa," katanya.

Ku berkata, dengan penahanan lelaki itu, polis sehingga kini menahan tiga orang suspek sejak kes itu dilapor bagi membantu siasatan.

Dua lelaki berusia 27 dan 30 tahun ditahan, masing-masing seorang pada hari kejadian di kawasan Puchong dan di kawasan Dang Wangi pada 5 Februari lalu.

Dalam kejadian 2 Februari lalu, seorang ahli perniagaan dipercayai diculik empat lelaki yang menyamar sebagai polis manakala kereta BMW 5 Siri miliknya ditemui terbakar di Jalan Hulu Yam.

Siasatan awal mendapati empat lelaki berusia antara 30-an dan 40-an 'menahan' mangsa di lobi sebuah hotel di Petaling Jaya, pada 7.20 malam, dan dibawa ke dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra berwarna hitam.

Dipercayai selepas menahan ahli perniagaan itu, suspek melarikan kereta mangsa sebelum dibakar di Jalan Sungai Tua, Hulu Yam, Gombak. Rangka kereta itu ditemui keesokan harinya pada jam 7.20 malam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment