My Add

Wednesday 20 February 2013

Yazid, Halimah mengaku tidak bersalah, perbicaraan mula 20 Mei ini

KUALA LUMPUR, RABU, 20 Februari, 2013: Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dan rakannya, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini atas tuduhan menggalakkan keganasan bagi mengugut orang awam di Syria, tahun lalu.

Pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria memohon kedua-dua kes didengar bersama.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dibaca bersama dan menetapkan tarikh perbicaraan kes selama empat hari bermula 20 Mei ini.

Yazid, 49, didakwa melakukan kesalahan itu di DL 11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang, antara jam 8.30 pagi dan 10.30 pagi, pada 1 Ogos hingga 20 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara 30 tahun dan denda.

Yazid yang mengusahakan kafeteria di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, dilihat mengangguk kepala dan minta dibicara sebaik pertuduhan dibacakan di depan Hakim Kamardin Hashim.

Rakannya yang juga seorang suri rumah, Halimah Hussein, 52, didakwa bersubahat dengan Yazid melakukan kesalahan itu mengikut seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan. - BH

No comments:

Post a Comment