My Add

Sunday 10 February 2013

Lima tentera terbunuh dalam serangan bom di Yala

BANGKOK, AHAD, 10 Februari, 2013:: Lima anggota tentera terbunuh dalam serangan bom di Kampung Kubae Talak, Thatong, Reman, Yala, hari ini.

Ketua polis Thatong Lt Kol Topan Pusantiar berkata dalam kejadian itu, bom
seberat 50 kilogram yang dipasang pada sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan diletupkan apabila sebuah trak membawa enam anggota tentera melintasinya pada jam 7.10 pagi. Kesemua anggota tentera berkenaan tercampak keluar akibat letupan itu.

"Selepas itu, 10 anggota militan berpakaian renjer menembak mereka dari
jarak dekat, mengakibatkan lima anggota tentera maut dan seorang cedera. Mereka
juga merampas senjata anggota tentera terbabit," katanya.

Ketua Polis itu berkata, anggota militan juga menebang pokok untuk merintangi
laluan ke tempat kejadian bagi menghalang operasi bantuan.
Katanya, anggota tentera yang cedera itu kini dirawat di Hospital Yala.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta yang digunakan dalam serangan
itu dicuri daripada guru besar Sekolah Kampung Bangol, yang ditembak mati oleh
militan Disember lalu.

Lebih 5,000 orang maut sejak puak pemisah dipercayai melancarkan kempen
bersenjata untuk menuntut kemerdekaan wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat di
selatan Thailand sembilan tahun lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment