My Add

Tuesday 26 February 2013

Majlis ramah mesra Jakim bersama tokoh Cina Muslim

KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Februari, 2013: Dalam usaha menyampaikan dakwah Islam kepada masyarakat berbilang kaum, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menganjurkan majlis ramah mesra sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Majlis yang disertai wakil daripada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bertujuan mengeratkan hubungan masyarakat berbilang kaum di negara ini ke arah meningkatkan kesedaran terhadap agama Islam.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, majlis itu merupakan komitmen jabatan berkenaan dalam melaksanakan usaha memartabatkan agama Islam di samping menyuntik semangat terutamanya dalam kalangan masyarakat Cina sempena Tahun Baharu Cina.

"Majlis ini juga diadakan supaya perbincangan dapat dilaksanakan antara wakil-wakil NGO yang hadir untuk meningkatkan usaha dan kefahaman terhadap agama Islam menerusi kegiatan dakwah kepada masyarakat umum. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment