Zairil bakal MB Selangor?
KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Februari, 2013: Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Zairil Khir Johari disebut-sebut bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor jika pakatan pembangkang berjaya mengekalkan penguasaan di negeri itu selepas pilihan raya umum akan datang.
Menurut blog DAP Insider, pencalonan Zairil yang merupakan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng disokong ketuanya itu sendiri.
Blog tersebut mendedahkan, hasrat itu disampaikan Guan Eng sendiri kepada para penasihatnya dalam strategi DAP mengambil alih kekuasaan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor.
Menurut blog itu, ini kerana Guan Eng yakin DAP akan mengekalkan kesemua 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi di Selangor pada 2008 serta menambah tiga lagi kerusi iaitu Kuala Kubu Bharu, Sungai Pelek dan Pelabuhan Klang. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment