My Add

Tuesday 26 February 2013

Malam Gala Royal Belum Drums Festival pukau 10,000 pengunjung

*RAJA Nazrin Shah sambil diiringi Zambry Abd. Kadir dan Hamidah Osman memukul rebana sebagai simbolik perasmian penutup Royal Belum Drums Festival 2013 di Dataran MBI, Ipoh, malam semalam.
IPOH, ISNIN 25 Februari, 2013: Malam Gala Royal Belum World Drums Festival 2013 yang berlangsung meriah di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini malam tadi berjaya memukau kira-kira 10,000 pengunjung.

Hujan renyai-renyai ternyata tidak menghalang pengunjung untuk terus menyaksikan persembahan yang bermula pukul 8.45 malam itu.

Persembahan bertenaga 11 pasukan membabitkan 137 peserta itu cukup menghiburkan dan sentiasa menerima sorakan dan tepukan gemuruh pengunjung.

Kemeriahan acara tersebut lebih terasa dengan keberangkatan pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment