My Add

Tuesday 26 February 2013

65% rakyat Selangor kecewa

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Februari, 2013: Sebanyak 65 peratus rakyat Selangor tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri yang gagal menunaikan janji-janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 termasuk dalam isu rumah mampu milik.

Pensyarah Fakulti Pengajian Media dan Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr. Ismail Sualman berkata, kaji selidik pihaknya turut mendapati ramai rakyat Selangor merasakan kerajaan pakatan pembangkang tidak membawa sebarang perubahan sepanjang lima tahun mentadbir negeri itu.

Menurut beliau, kajian bertajuk Kesan Sosioekonomi dan Politik Rakyat Selangor di Bawah Pakatan Rakyat yang dijalankan antara 2011 hingga 2012 itu turut menunjukkan rakyat masih menantikan elaun kepada ibu tunggal, kanak-kanak tadika dan penuntut universiti serta air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pembangkang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment