My Add

Tuesday 26 February 2013

Manifesto pembangkang basi - Abang Johari

KUCHING, SELASA, 26 Februari, 2013: Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibentangkan oleh pembangkang semalam adalah perkara basi dan jelas menggambarkan kecelaruan dalam pakatan mereka, kata Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Menurutnya, kandungan manifesto berkenaan seolah-olah dikitar semula daripada agenda Buku Jingga yang dibentangkan oleh pakatan pembangkang sebelum ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri dialog bersama pengusaha-pengusaha industri pelancongan di sini, beliau berkata, selain gagal memperkenalkan sesuatu yang baharu, pakatan pembangkang ini juga gagal menjelaskan tentang kepimpinan mereka sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan.

"Mereka masih bercelaru (tentang siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika dapat menubuhkan kerajaan).

"Sekejap mereka katakan (pemimpin pembangkang, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).

Kemudian orang lain. Bagi mereka, sesiapa sahaja (di kalangan mereka) boleh menjadi Perdana Menteri," katanya.

Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan Sarawak mengulas manifesto pakatan pembangkang yang antara lain menjanjikan usaha memerangi rasuah, penurunan harga minyak dan pendidikan percuma. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment