My Add

Monday 25 February 2013

Manifesto: Pembangkang juga tabur hampas kelapa

Oleh HELMI MOHD. FOAD
SHAH ALAM, ISNIN, 25 Februari, 2013: Jika sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengibaratkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai hampas kelapa dan jerami, tohmahan itu akhirnya memberikan tamparan kepada pakatan pembangkang sendiri apabila mereka turut memperkenalkan imbuhan kewangan dalam manifesto pilihan rayanya.

Berbeza dengan Kerajaan Pusat yang melaksanakan BR1M sebagai menunaikan janji dalam Bajet 2012 dan 2013, manifesto pakatan pembangkang menjanjikan caruman wanita sebanyak RM50 sebulan bagi isteri manakala suami perlu membuat caruman sebanyak antara RM10 hingga RM100 sebulan selain Skim Bonus Warga Emas (60 tahun ke atas) sebanyak RM1,000 setahun.

Pakatan turut menjanjikan tambahan RM300 bagi setiap murid setiap tahun 1,854 Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil, persendirian Cina, Tamil, Iban, Kadazan dan sekolah mubaligh. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment