My Add

Saturday 2 February 2013

Melaka biaya kos pendidikan tiga anak angkat Palestin
2013/02/01 - 16:06:03 PMCetakEmel Kawan

AYER KEROH, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Kerajaan Melaka akan mula membiayai kos pendidikan tiga anak angkat Palestin mulai Mac ini.

Tiga remaja berusia 18 hingga 19 tahun itu diambil menerusi program Anak Angkat Jarak Jauh dan Bantuan Biasiswa.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata mereka dijadikan anak angkat untuk membantu bagi meneruskan pendidikan, selepas negara mereka menjadi mangsa kekejaman Yahudi.

Beliau berkata demikian pada majlis "The Untold Story of Gaza by Harry Fear" di Auditorium Yayasan Melaka, MITC, di sini, sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment