My Add

Thursday 21 February 2013

Mungkin wujud unsur sabotaj

 *ZULKIFELI Mohd. Zin memberi kata-kata semangat kepada sebahagian daripada Tim Pemantau Antarabangsa - Mindanao 8 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

Oleh ASSIM HASSAN
KUALA LUMPUR, RABU, 20 Februari, 2013: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin tidak menolak kemungkinan terdapat unsur sabotaj dalam perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Menurutnya, bagaimanapun itu merupakan andaian peribadi beliau selaku Panglima Angkatan Tentera.

"Apa yang berlaku di Lahad Datu, Sabah berkemungkinan adalah usaha untuk menggagalkan perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan MILF.

"Saya sebenarnya tidak berani hendak komen tetapi ada kemungkinan wujud unsur sabotaj pihak MNLF kerana kejadian seperti ini pernah berlaku pada tahun 2008 ketika perjanjian damai hendak dijalankan di Cyberjaya, Malaysia," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment