My Add

Thursday 21 February 2013

Pencerobohan di Lahad Datu dijangka berakhir tanpa pertumpahan darah

KUALA LUMPUR, RABU, 20 Februari, 2013: Polis menjangkakan rundingan pihak berkuasa dengan sekumpulan penceroboh rakyat Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu sejak minggu lalu dapat ditamatkan dalam masa terdekat tanpa pertumpahan darah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ketika ini, proses rundingan antara kedua-dua pihak terlibat masih berjalan dengan dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari segi operasi pemantauan.

"Kita mahu konflik ini berakhir secepat mungkin kerana tidak mahu penduduk tempatan serta rakyat Malaysia bimbang situasi semasa di Lahad Datu,

"Namun, kita tidak boleh tergopoh-gapah dan perlu sabar serta bijak mengatur strategi untuk mengusir mereka," katanya selepas Majlis Anugerah Pengguna Jalan Raya Berhemah dan Kontinjen/Daerah Terbaik Op Selamat II di KL Sentral di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment