Mustahil DAP terajui negara - Hadi Awang
KUALA TERENGGANU, SELASA, 19 Februari, 2013: Pas yakin rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP tidak akan menerajui pemerintahan negara jika mereka berjaya menawan Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, adalah satu yang mustahil perkara itu berlaku kerana DAP tidak akan mampu menguasai majoriti dua pertiga kerusi bagi membentuk kerajaan.
Beliau yang seakan cuba meredakan kebimbangan orang Melayu terhadap pakatan pembangkang yang dilihat membantu mengukuhkan DAP, menjelaskan, DAP hanya akan meletakkan calonnya untuk bertanding di 50 kerusi daripada kesemua 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada pilihan raya umum akan datang.
Ada yang kata, kalau pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13, Malaysia akan diperintah oleh DAP. Sedangkan DAP hanya bertanding 50 kerusi daripada 222 kerusi. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment