My Add

Wednesday 20 February 2013

Siswazah pendidikan ke gred DG41

Oleh MD. AZRIN ROSLY
 KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Februari, 2013: Seramai 7,824 siswazah pendidikan lulusan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang menamatkan pengajian selepas Jun 2012 sedang dipertimbangkan untuk pelantikan sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) gred DG41.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, daripada jumlah tersebut, 2,791 siswazah cemerlang yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas, mendapat keputusan A- dalam praktikum serta diperaku oleh IPTA dan IPGM, tidak perlu ditemu duga untuk pelantikan tetap.

"Mereka terdiri daripada 1,601 graduan IPTA dan 1,190 graduan IPGM hanya perlu menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment