My Add

Sunday 24 February 2013

Najib mahu bukti dasar transformasi berjaya sebelum umum PRU-13

SEREMBAN, AHAD, 24 Februari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) belum diumumkan kerana kerajaan mahu dasar transformasi negara benar-benar terbukti berjaya dan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat.

Beliau berkata, idea yang kreatif, perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang berkesan adalah sangat penting dalam usaha kerajaan untuk membela rakyat dan membangunkan negara.

"Sebab itulah saya tunggu sampai kita letih hendak buat PRU, kita tunggu kerana saya hendak buktikan bahawa dasar transformasi negara benar-benar boleh berjaya," katanya ketika melancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral di sini, hari ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan; Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Pengerusi PR1MA Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis.

Justeru, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak menukar kerajaan sedia ada pada PRU-13 nanti kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) saja yang boleh memenuhi harapan rakyat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment