Pendirian pemimpin enggan tandatangan Ikrar menghairankan: SPR
LUMUT, AHAD, 24 Februari, 2013: Pendirian beberapa pemimpin parti politik tertentu enggan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya sesuatu yang menghairankan dan mengecewakan.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata inisiatif Transparency International Malaysia(TI-Malaysia) dengan Barisan Nasional (BN) pihak pertama menandatanganinya, sepatutnya diikuti parti lain bagi menyatakan komitmen integiriti calon pada PRU-13.
"Saya hairan dan kecewa. Mengapa mereka tak mahu buat.
"Tindakan yang betul sepatutnya semua parti ikut dan tandatangan komitmen integriti ini sebab ini inisiatif TI-Malysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang memperjuangkan integriti dan ini bukan idea satu parti politik dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat ulangan kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya negeri Perak di sini, sebentar tadi. - BH
No comments:
Post a Comment