Nik Aziz nasihat Harussani hati-hati bercakap
KOTA BHARU, AHAD, 24 Februari, 2013: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan dan jangan melampau dalam menunjukkan sokongan beliau kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Sambil menyatakan rasa kecewa dengan kenyataan Harussani dalam sebuah akhbar yang menyatakan sikap Pas lebih teruk dari kafir, Nik Abdul Aziz meminta Mufti Perak itu merujuk kepada sumber yang sahih sebarang ulasan mengenai beliau dan pemimpin Pas lain.
"Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat Mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya.
"Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan'? Tentu sekali tidak. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment