My Add

Sunday, 24 February 2013

Orang Asli perlu sokong BN: Ismail Sabri

BERA, AHAD, 24 Februari, 2013: Masyarakat Orang Asli disaran memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan sekali gus mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 nanti bagi membolehkan lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan kerajaan untuk mereka.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka perlu yakin dengan janji perdana menteri kerana ia adalah janji yang ditepati bukan retorik semata-mata.

"Perdana menteri tidak berjanji kosong sepertimana pembangkang, tetapi ia akan tetap ditunaikan, contohnya pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), Bantuan Awal Persekolahan, Perumahan Rakyat Termiskin dan lain-lain lagi.

"Masa empat tahun Datuk Seri Najib menjadi perdana menteri pelbagai projek telah dilaksanakan termasuk untuk Orang Asli. Jika lama lagi BN memerintah, maka banyak lagi pembangunan yang akan dilaksanakan," katanya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan semasa menutup Karnival Kepenggunaan anjuran kemeteriannya di perkampungan Orang Asli Pos Iskandar Bera semalam.

Beliau berkata, kerajaan BN prihatin dengan masyarakat Orang Asli kerana mereka sentiasa jujur dan menyokong kerajaan.

Kerajaan menyediakan peruntukan yang besar kepada Orang Asli setiap tahun seperti tahun ini peruntukan bernilai RM400 juta disediakan bagi melaksanakan pelbagai projek, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment