My Add

Sunday, 24 February 2013

Pas diminta henti keluarkan fatwa politik - Zahid Hmidi 


*ZAHID Hamidi mengagihkan kuih kepada orang ramai yang beratur bagi mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Parit Empat, Sungai Sumun, Bagon Datoh, Perak, semalam. - BERNAMA

BAGAN DATOH, SABTU, 23 Februari, 2013: Pemimpin Pas diminta berhenti mengeluarkan 'fatwa' politik yang tidak bersandarkan nas al-Quran dan hadis termasuk dalam soal pemberian bantuan kerajaan kepada rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin bergelar ulama tidak sepatutnya mengeluarkan 'fatwa' politik sesuka hati, apatah lagi jika akhirnya menimbulkan penghinaan.

''Jika bersandarkan kedua-dua nas itu pun, walaupun terjemahannya betul, tetapi tafsirannya sengaja diselewengkan termasuklah dalam soal pemberian bantuan kerajaan kepada rakyat yang diumpamakan seperti manusia dengan binatang. Itu satu penghinaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment