My Add

Friday 1 February 2013

Pegawai Jabatan Hutan Hulu Perak didakwa 13 tuduhan terima rasuah


*AMIR Sharifud-Din Aliman, 59, didakwa di dua Mahkamah Sesyen di Ipoh, hari ini atas 13 tuduhan menerima wang berjumlah RM390,000. Dia didakwa menerima wang itu daripada dua kontraktor balak di Gerik antara April 2010 dan Januari 2012. - Foto L Manimaran

IPOH, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Seorang pegawai Jabatan Hutan Daerah Hulu Perak didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini atas 13 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM390,000.

Amir Sharifud-Din Aliman, 59, didakwa menerima wang itu daripada dua kontraktor balak di Gerik antara April 2010 dan Januari 2012.

Bagaimanapun tertuduh menjawab 'tidak faham' dan 'tidak ingat' bagi setiap pertuduhan.

Kedua-dua mahkamah berkenaan kemudian memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk pemeriksaan dan pemantauan mental oleh pakar psikiatri, selepas peguam bela tertuduh memaklumkan laporan doktor Hospital Fatimah Ipoh mengesahkan dia mengalami 'Kecelaruan Afektif Dwikutub' iaitu sejenis penyakit jiwa. - BH

No comments:

Post a Comment