My Add

Sunday, 10 February 2013

Pembalakan berleluasa menyakitkan hati rakyat

PADANG TERAP, SABTU, 09 Februari, 2013: Kehadiran lebih 10,000 orang muda di Charok Batang Padi, Pedu di sini hari bagi membantah dan menyaksikan impak aktiviti pembalakan oleh Kerajaan Pas Kedah membuktikan sokongan golongan berkenaan terhadap Barisan Nasional (BN) semakin meningkat.

Pengerusi Jaringan Gelombang Merah Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kehadiran mereka adalah kerana menyayangi alam sekitar dan pada masa sama berpeluang meninjau sendiri kawasan hutan yang digondolkan atas alasan untuk melaksanakan projek ladang buah- buahan.

Katanya, sambutan luar biasa itu menunjukkan bahawa isu pembalakan di sini dan di Gunung Inas, Baling adalah satu perkara yang benar- benar menyakitkan hati rakyat.

"Mula-mula kita agak bimbang kalau tidak ada orang mahu datang, tetapi sambutan terhadap rali ini daripada seluruh Kedah. Ini satu kejayaan dan sekali lagi membuktikan sokongan orang muda terhad BN semakin meningkat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment