My Add

Sunday 10 February 2013

Penahanan beri implikasi global

JOHOR BAHRU, SABTU, 09 Februari, 2013: Kementerian Dalam Negeri menyifatkan penahanan tiga individu pertama mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 adalah membabitkan kesalahan serius yang mampu memberi implikasi global.

Sehubungan itu Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan sedemikian kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan seumpama itu mengikut akta berkenaan.

Menurut beliau, kesalahan serius seperti itu memerlukan undang-undang yang mampu dilaksanakan dengan kadar segera sekali gus memberi amaran supaya tiada pihak mempolitik, memperlekeh atau menidakkan penguatkuasaan akta itu.

Kita tahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dulu dihantui dengan pelbagai tuduhan termasuk mempersoalkan tempoh tahanan tanpa bicara, layanan terhadap tahanan serta akses kepada keluarga dan peguam tahanan, teanya.

KDN puas hati prestasi URB

Sambil iti Hiashamuddin berkata, KDN berpuas hati dengan penugasan dilakukan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali gus menyifatkan pelaksanaannya sebagai sudah memberi impak positif.

Katanya, bagi memastikan kewujudan URB itu terus dimantapkan satu perbincangan dengan pihak berkepentingan akan dibuat mengenai kaedah menilai keberkesanannya.

Malah kata beliau lagi, syarikat motor Kaawasaki dari Jepun iaitu jenama yang diguna pakai URB itu dikatakan turut berminat menjayakan program tersebut selain memberi latihan dan khidmat nasihat kepada mereka yang terlibat.

URB kini melalui fasa pertama pelaksanaannya dengan pengagihan sebanyak 560 motosikal Kawasaki Ninja 250 (STD) di empat negeri iaitu Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dalam kategori 'hot spots' di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment