My Add

Saturday 9 February 2013

Penubuhan Universiti Islam Maya menyatukan ummah

KUALA LUMPUR, SABTU, 09 Februari, 2013: Kerjasama antara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Persekutuan Universiti-Universiti Dunia Islam (FUIW) menubuhkan universiti Islam maya bertujuan memperluas tanpa sempadan agama Islam.

Rektor UIAM, Datuk Zaleha Kamaruddin berkata, idea untuk mewujudkan universiti tersebut berikutan membantu rakyat di negara Islam yang rendah taraf celik huruf di bawah Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

“UIAM merupakan tuan rumah mesyuarat ahli-ahli lembaga amanah untuk memuktamadkan beberapa perkara iaitu isu kualiti pelajar, pensyarah, kokurikulum, sistem pengajian dan pembelajaran.

“Kami yakin universiti ini boleh menjadi mekanisme berkesan untuk menukar perspektif orang bukan Islam terutamanya terhadap kebolehan masyarakat Islam menghasilkan graduan berakhlak mulia," katanya pada sidang media Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Penubuhan Universiti Islam Maya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment