My Add

Saturday 9 February 2013

Bas perlu pasang tali pinggang penumpang

KOTA BHARU, SABTU, 09 Februari, 2013: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan syarikat bas terutama bas baharu agar dilengkapi tali pinggang keledar untuk penumpang mereka.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Solah Mat Hassan berkata, arahan mengenainya berkuat kuasa pada 26 Disember 2008.

"Walaupun kerajaan belum mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar kepada penumpang, tetapi pihak pengusaha perlu menyediakan kemudahan itu untuk penumpang demi keselamatan mereka," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Ops Tahun Baru Cina di sini hari ini.

Solah berkata, sebelum ini kerajaan telah mensyaratkan setiap bas yang dibina selepas tarikh itu perlu dilengkapi tali pinggang keledar, tetapi yang menjadi masalah sebahagian besar penumpang tidak mahu menggunakannya.

"Bagi memastikan keselamatan setiap penumpang agar lebih terjamin, setiap bas hendaklah dilengkapi dengan tali pinggang keledar sebagaimana ditetapkan dan penumpang perlu memakainya," katanya.

Bas yang dibina sebelum tarikh penguatkuasaan itu boleh meneruskan perkhidmatan mereka seperti biasa tetapi keselamatan pengguna perlu diutamakan, tambahnya.

Solah juga berkata, pembinaan badan bas mesti menepati spesifikasi ketahanan struktur rangkanya demi menjamin keselamatan penumpang, begitu juga dengan kerusi penumpang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment