My Add

Wednesday 20 February 2013

Pertahan kalimah Allah satu jihad - Harussani Zakaria

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Februari, 2013: Ketegasan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang terus mempertahankan kalimah Allah seharusnya menjadi contoh kepada pemimpin Pas lain.

Tindakan itu memperlihatkan keberanian kedua-dua pemimpin tersebut melawan arus walaupun Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah bersetuju supaya kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam seperti dicapai dalam mesyuarat pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, mempertahankan agama apatah lagi kalimah suci Allah adalah jihad fisabilillah yang wajib ke atas semua umat Islam tanpa mengira apa juga pendirian mahupun ideologi politik mereka.

Jelasnya, umat Islam mesti bersedia untuk berkorban apa sahaja demi agama dan juga akidah apatah lagi melibatkan Allah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment