My Add

Wednesday 20 February 2013

Pas mesti berani pertahan Majlis Syura Ulama

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Februari, 2013: Pucuk pimpinan Pas digesa bersikap lebih berani mempertahankan pendirian Majlis Syura Ulama parti yang menegaskan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

Aktivis Pas, Norman Toha berkata, mereka sepatutnya mencontohi ketegasan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din.

Beliau yang juga ahli Pas Cawangan Pekan Sungai Buloh, Selangor berpendapat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sukar untuk mengetengahkan pendirian Majlis Syura Ulama di peringkat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang.

‘‘Dilema yang dihadapi Abdul Hadi itu merupakan gambaran situasi sebenar Pas yang berkecamuk ekoran dominasi golongan parasit di dalam parti.

‘‘Bagaimanapun, Abdul Hadi boleh menggunakan platform Majlis Syura Ulama Pas kerana majlis itu lebih mengutamakan kepentingan Islam dan perjuangan orang Melayu yang mendukung Islam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment