My Add

Saturday 9 February 2013

Pinjaman TEKUN kali kedua secara terus tanpa kelulusan wakil rakyat

KUALA LUMPUR, SABTU, 09 Februari, 2013: Kemudahan membuat pinjaman mudah kali kedua menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) akan diberikan bagi menggalakkan peminjam melangsaikan hutang lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata kemudahan itu membolehkan peniaga melakukan pinjaman kali kedua bertujuan mengembangkan perniagaan secara terus tanpa mendapat kelulusan wakil rakyat.

"Jika mereka ini didapati membuat bayaran mengikut masa dan mempunyai rekod baik dalam tempoh lima tahun, kita akan terus berikan pinjaman tanpa perlu mendapat sokongan mana-mana pihak.

"Malah, jumlah pinjaman yang diberikan adalah sekali ganda daripada jumlah pinjaman sebelumnya. Contohnya jika dia pinjam RM10,000 maka dia akan dapat RM20,000," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas pelancaran Konvensyen Usahawan TEKUN Ekspo TEKUN Nasional 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Selain itu, Noh berkata, rebat sebanyak 10 peratus akan diberikan kepada peminjam yang melakukan bayaran balik pinjaman mengikut jadual ditetapkan setiap bulan.

"Kita difahamkan ada peniaga yang tidak boleh membayar penuh, mungkin mereka menghadapi masalah dalam perniagaan tetapi yang penting perlu membayar mengikut masa setiap bulan. Kalau tidak bayar penuh, bayar separuh asalkan mengikut jadual," katanya. - BH

No comments:

Post a Comment