My Add

Saturday 9 February 2013

RM300 juta TEKUN bukti kerajaan prihatin lahir ramai usahawan: Najib

KUALA LUMPUR, SABTU, 09 Februari, 2013: Inisiatif menambah dana RM300 juta ke dalam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) pada Bajet 2013 membuktikan keprihatinan kerajaan membantu menyediakan kemudahan pinjaman perniagaan) bagi melahirkan lebih ramai usahawan kecil dan sederhana di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kejayaan melahirkan 250,000 usahawan menerusi pinjaman mikro TEKUN sejak 1998 bukan saja dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat malah mampu menambah kadar pertumbuhan ekonomi negara ketika ini.

"Jika kita hendak memperjuangkan masyarakat yang adil dan saksama berdasarkan kepada prinsip keadilan sosial, kita mesti menyediakan akses kredit kepada rakyat. Ini membolehkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terus berkembang.

"Kadar pertumbuhan ekonomi negara juga bertambah malah kewujudan lebih banyak PKS dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran," katanya ketika merasmikan Konvensyen Usahawan TEKUN Ekspo TEKUN Nasional 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, menurut kajian yang dikeluarkan oleh World Bank's Doing Business Report 2011-2012, Malaysia berada pada kedudukan nombor satu daripada 183 negara paling banyak dalam menyediakan akses kredit kepada rakyatnya.

"Kedudukan ini bukan untuk satu tahun tetapi untuk lima tahum bertutut-turut. Ini adalah hasil kejayaan daripada 82 dana dan tabung yang diwujudkan kerajaan berjumlah RM60.82 bilion bagi membantu usahawan PKS di negara ini," katanya. - BH

No comments:

Post a Comment