My Add

Monday 25 February 2013

PM India lawat lokasi letupan korbankan 16 nyawa

NEW DELHI, ISNIN, 25 Februari, 2013: Perdana Menteri, Manmohan Singh semalam mengadakan lawatan di tapak lokasi kejadian di selatan negara, di Hyderabad di mana dua letupan berlaku menyebabkan 16 orang terbunuh dan lebih 100 yang lain cedera.

Bom yang diletak pada sebuah basikal itu meletup di sebuah pasar yang sesak dan kawasan perumahan di Hyderabad, ibu negeri Andhra Pradesh, lewat Khamis lalu.

“Saya datang ke sini untuk bersama-sama dengan mangsa yang terlibat. Ia adalah masa yang sangat penting dalam keadaan ini kerana mereka semua sedang sedih dengan apa yang berlaku,’’ kata Singh.

Sementara itu, pegawai polis Dinesh Reddy berkata, pihaknya berharap dapat menyelesaikan kes tersebut secepat mungkin dan mendapati seorang suspek telah dikenal pasti menerusi siaran kamera litar tertutup yang disyaki terlibat dalam kes tersebut. - DPA/UTUSAN

No comments:

Post a Comment