My Add

Saturday, 2 February 2013

PM ucap selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Perdana Menteri turut berharap supaya kemajuan yang mapan dapat dikecapi dirasai semua rakyat.

"Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Kita mahu kemajuan yang mapan dan dirasai semua rakyat," katanya dalam tweet terbaru beliau hari ini.

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari setiap tahun sempena pembentukan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan pertama dan menjadi ibu negara Malaysia pada 1974.

Wilayah Persekutuan Labuan menjadi wilayah persekutuan kedua pada 16 April 1984 diikuti Putrajaya pada 1 Februari 2001. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment