My Add

Friday 1 February 2013

Kuala Nerus diisytihar daerah kelapan Terengganu selepas PRU

KUALA TERENGGANU, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Perisytiharan Kuala Nerus sebagai daerah baru di Terengganu hanya dapat dibuat selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 dengan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, berkata ini kerana perisytiharan daerah baru mesti mendapat kelulusan majoriti Parlimen.

"Bagaimanapun kerja-kerja awal seperti menyediakan tapak sebagai pusat pentadbiran Kuala Nerus yang terletak di Gong Badak, melibatkan peruntukan RM20 juta sudah dilaksana.

"Banyak kerja yang perlu dilaksana di situ seperti membuat persempadanan semula serta penubuhan pusat pentadbiran daerah baharu itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas hadir sambutan Maulidur Rasul anjuran UMNO Kuala Nerus di sini, hari ini.

Pada masa ini, Terengganu mempunyai tujuh daerah iaitu Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment