My Add

Saturday 9 February 2013

Program bantuan rumah beri manfaat 110,425 isi rumah

Oleh NOOR HANIS HARUN


*HASAN Malek menandatangani plak pada majlis penyerahan projek membaik pulih Rumah Pangsa Gentam di Kuala Pilah hari ini. UTUSAN/NOOR HANIS HARUN

KUALA PILAH., SABTU. 09 Februari, 2013: Program Bantuan Rumah (PBR) yang dilaksanakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di bawah salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah memberi manfaat kepada 110,425 isi rumah.

Timbalan Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, melalui agenda Infrastruktur Asas Luar Bandar (RBI), tahun lalu RM302.9 juta diperuntukkan bagi menyiapkan 22,085 unit rumah iaitu termasuk bina baru 4,646 unit rumah dan baik pulih 17,439 unit rumah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Seramai 110,425 isi rumah telah menerima manfaat hasil daripada pelaksanaan PBR NKRA ini dan ini telah melebihi daripada jumlah yang disasarkan iaitu 14,565 unit rumah kepada 22,085 unit rumah iaitu peningkatan sebanyak 151.63 peratus,'' katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan projek membaik pulih Rumah Pangsa Gentam di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment