My Add

Saturday 9 February 2013

Projek Lembah Sireh pembohongan nyata kerajaan Pas Kelantan

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR

KOTA BHARU, SABTU, 09 Februari, 2013: Kegagalan kerajaan Pas Kelantan melaksanakan projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan di Lembah Sireh di sini membuktikan ia hanya satu pembohongan kepada rakyat.

"Banyak janji dibuat tetapi tidak ditunaikan. Ini satu perkara serius. Kita baca hari ini pula hendak dilanjutkan ke tahun 2020. Ini satu penganiayaan dan penipuan kepada rakyat negeri ini.

"Sepatutnya kita (sebagai rakyat Kelantan) sudah dapat merasai segala kemudahan yang dijanjikan menerusi projek-projek tersebut."

Demikian kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamad kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 1,000 penerima di Sekolah Kebangsaan Chica Menyabung, di sini hari ini.

Tambah beliau, ia juga jelas menunjukkan kredibiliti Pas tidak mampu mentadbir negeri ini dengan baik biarpun telah diberi peluang selama 22 tahun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment