My Add

Saturday 9 February 2013

Rumah terbakar menjelang Tahun Baharu Cina

LEDANG, SABTU, 09 Februari, 2013: Enam sekeluarga terpaksa menempuh pengalaman menyedihkan sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini apabila rumah berkembar mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Sialang, Tangkak di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 7.17 malam itu mengakibatkan keluarga itu kerugian mencecah ratusan ribu ringgit namun mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Salah seorang mangsa yang hanya dikenali sebagai Yau, 27, berkata, ketika kejadian dia bersama lima ahli keluarga lain dengan menikmati makan malam di ruang tamu.

“Sambutan kali ini kurang bermakna kerana segela persiapan kami musnah malah kami menumpang rumah saudara," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment