My Add

Sunday 24 February 2013


PRU sudah dekat, belum umum kerana mahu tunjuk bukti transformasi: PM 

SEREMBAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pilihan raya umum sudah dekat tapi belum diumumkan hingga meletihkan pelbagai pihak kerana mahu menunjukkan bukti dasar transformasi yang kerajaan laksanakan memberi manfaat kepada rakyat.

Najib berkata, dasar transformasi memerlukan idea, kesungguhan dan perancangan rapi supaya sesuai dengan slogan rakyat didahulukan serta pelaksanaan program memberi manfaat kepada rakyat.

Pilihan raya bukan untuk pilih tukang jual ubat, tapi pilih kerajaan tunai janji

SEREMBAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pilihan raya bukan untuk memilih tukang jual ubat yang hanya pandai bercakap tetapi memilih kerajaan yang boleh menunaikan janji kepada rakyat.

Katanya, sokongan rakyat kepada kerajaan BN juga semakin baik dengan pelbagai program dasar transformasi kerajaan selama ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan kepimpinan akar umbi BN negeri sembilan bersama Perdana Menteri, yang dihadiri hampir 10,000 orang di Klana Resort, sebentar tadi.

Najib mahu sebarang halangan usaha tegakk prinsip keadilan sosial dirombak

PORT DICKSON: Datuk Seri Najib Razak mahu sebarang halangan terhadap usaha menegakkan prinsip keadilan sosial dirombak.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap melancarkan Program Mengubah Destini Anak India Malaysia di Politeknik Port Dickson, sebentar tadi. - BH

No comments:

Post a Comment