My Add

Monday 25 February 2013

Rakyat Sabah marah Nik Aziz

KOTA KINABALU, AHAD, 24 Februari, 2013: Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan amat dikesali dan telah membangkitkan kemarahan rakyat Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kenyataan itu jelas menunjukkan parti pembangkang bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi juga gagal menghargai perasaan rakyat di negeri ini.

"Kita amat sedih dan berdukacita dengan kenyataan itu yang menunjukkan parti pembangkang sudah begitu terdesak.

"Bagi rakyat Sabah, BR1M ini adalah pemberian yang akan mereka kenang dan mereka ucap terima kasih kepada pucuk pimpinan negara, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Gelombang Biru Barisan Nasional (BN) Sabah di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment