My Add

Sunday 10 February 2013

RM1.43 bilion bayaran balik TEKUN
KUALA LUMPUR, SABTU, 09 Februari, 2013: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional berjaya mengutip bayaran balik pinjaman sebanyak RM1.43 bilion sejak 1998 hingga tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, jumlah bayaran balik itu mampu menjadi modal pusingan agensi itu untuk mengeluarkan pinjaman kepada usahawan lain.

Beliau berkata, sehingga tempoh itu, agensi terbabit telah mengeluarkan pinjaman sebanyak RM2.42 bilion kepada 237,173 usahawan.

"Sepanjang tempoh itu, TEKUN memperoleh dana daripada kerajaan berjumlah RM1.6 bilion.

"Bagi tahun ini sahaja, kerajaan memberikan peruntukan sebanyak RM350 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Pencapaian TEKUN Nasional 1998-2012' dan pelaksanaan Kelab Komuniti Usahawan TEKUN (KKUT) dalam Konvensyen Usahawan TEKUN dan Ekspo Keusahawanan TEKUN Nasional 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment