RM1.5j bantu penduduk di dua tempat
IPOH, SELASA, 19 Februari, 2013: Lawatan sehari Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Perak hari ini membawa khabar gembira kepada rakyat apabila beliau mengumumkan pelbagai peruntukan yang keseluruhannya bernilai RM1.5 juta khusus untuk penduduk sekitar Buntong dan Ipoh Barat di sini.
Berita gembira itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri ketika berucap dalam Perhimpunan Rakyat 1Malaysia yang dihadiri kira-kira 5,000 orang, kebanyakannya masyarakat India di Padang Kelab Rekreasi India, Buntong di sini.
Sebahagian besar peruntukan tersebut adalah bagi pembinaan kemudahan rakyat di kawasan berkenaan selain bantuan bagi menjayakan program-program pendidikan serta keagamaan.
Peruntukan itu antara lain bagi pembinaan bangunan Kelab Kacang Putih Buntong sebanyak RM200,000, pembinaan bangunan Pertubuhan Penganut-Penganut Jegathguru Sri Raghavendra (RM50,000), mengecat rumah pangsa Taman Pertama Buntong (RM80,000) dan membina jalan masuk ke kubur Islam ( ).
Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan bagi pembinaan bangunan Persatuan Pengajian Kitab Tradisional Hindu Malaysia sebanyak (RM50,000); sumbangan bagi Persatuan Shirdi Sai Baba (RM50,000); pembinaan bangunan tambahan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) St. Philomena (RM150,000) dan pembinaan gelanggang serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Buntong (RM100,000) serta kerja-kerja menurap Jalan Ashby (RM300,000). - UTUSAN
No comments:
Post a Comment