My Add

Sunday 10 February 2013

Sambutan Tahun Baru Cina terjemah semangat 1Malaysia 

KUCHING, AHAD, 10 Februari, 2013: Sambutan Tahun Baru Cina di negara ini unik kerana disambut bersama oleh seluruh rakyat selaras hasrat kerajaan mewujudkan budaya 1Malaysia, kata Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Beliau berkata, tradisi mengunjungi rumah terbuka masyarakat Cina oleh

rakan-rakan daripada pelbagai kaum lain perlu diteruskan sebagai satu daripadacara mengukuhkan perpaduan antara kaum di negara ini.

"Saya percaya waktu perayaan adalah masa yang paling sesuai untuk kita lebih
mengenali serta mendekati antara satu sama lain.

"Memandangkan Sarawak mempunyai masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama,
jaringan kerjasama antara rakyat mesti terus diperkukuhkan dengan semangat
saling menghormati, kasih-sayang dan perpaduan yang telah lama diterapkan dalam
amalan masyarakat di negara ini," katanya dalam perutusan Tahun Baharu Cina 2013 hari ini.

Dalam pada itu, Salahuddin berharap golongan belia lebih aktif melibatkan
diri dalam aktiviti kebudayaan seperti tarian naga atau tarian singa agar mereka
dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala sosial.

Kat,anya belia yang menyertai aktiviti seni mempertahankan diri, mahupun
menjadi sukarelawan berupaya menerapkan nilai-nilai murni seperti disiplin,
kemahiran artistik, semangat berpasukan dan bertanggungjawab.

"Perpaduan adalah asas pembentukan sebuah negara untuk lebih maju, kita
tidak mahu generasi muda hari ini mengabaikan peranan mereka untuk memupuk
perpaduan dan menghancurkan negara yang bakal diwarisi kelak.

"Kebelakangan ini banyak diperkatakan isu masalah sosial yang melibatkan
belia di Sarawak seperti terlibat dalam jenayah peras ugut, dan gangsterisme,
justeru sama-samalah kita sebagai ibu bapa memerhati serta membimbing anak-anak
kita agar mereka boleh menjadi aset yang berharga dan berguna khususnya kepada
keluarga, negeri dan negara," katanya.

Salahuddin juga berkata, Sarawak harus berbangga dengan kemajuan dicapai
seperti pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) yang akan
mengubah negeri dan menyediakan banyak peluang pekerjaan.

"Golongan belia perlu berusaha lebih gigih untuk menimba pengetahuan
khususnya kemahiran teknikal bagi memenuhi keperluan tenaga kerja bagi
menjayakan program-program kerajaan," katanya.

Beliau juga berharap Sarawak yang akan menyambut Perayaan Jubli Emas 50
Tahun dalam Malaysia tahun ini, akan terus dilimpahi dengan kedamaian dan
kesejahteraan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment