My Add

Sunday 10 February 2013

Semangat 1Malaysia terbukti pada sambutan Tahun Baru Cina di Cheras

KUALA LUMPUR, AHAD, 10 Februari, 2013: Semangat 1Malaysia terbukti dengan kehadiran ribuan masyarakat pelbagai kaum pada rumah terbuka MCA di Flat Sri Johor, Bandar Tun Razak, Cheras, sebentar tadi.

Sambutan ini yang sebelum ini diadakan di Wisma MCA, di sini, kali ini diadakan di kawasan lapang untuk memudahkan kunjungan orang ramai.

Majlis diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Kehadiran mereka disambut bersama oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Timbalannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai. - BH

No comments:

Post a Comment