Oleh SITTI NOR AZIZAH TALATA
*PETUGAS khas unit gajah Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Agustine David melayan kerenah Baby Joe yang dibawa dari Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau, Sabah, semalam. - UTUSAN/AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN |
KOTA KINABALU, KHAMIS, 31 Januari, 2013: Jumlah kematian gajah spesies Pygmy Borneo di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau dekat sini yang dipercayai diracun bertambah apabila seekor lagi bangkai haiwan itu ditemui lewat petang semalam.
Penemuan terbaharu bangkai itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian haiwan terancam itu ialah 14 ekor.
Bangkai gajah yang telah reput dan belum dikenal pasti jantina itu ditemui oleh kakitangan Jabatan Hidupan Liar Sabah kira-kira satu kilometer dari lokasi penemuan 13 ekor bangkai gajah sebelum ini.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, siasatan awal mendapati bangkai gajah tersebut adalah daripada keluarga sama yang telah ditemui sebelum ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment