My Add

Friday 1 February 2013

Presiden PKS ditahan kerana rasuah

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA

JAKARTA, KHAMIS, 31 Januari, 2013: Imej sebuah parti politik Islam, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia tercemar apabila Presiden parti berkenaan, Luthfi Hasan Ishaaq (gambar) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) atas dakwaan rasuah.

Luthfi ditahan oleh pegawai penguatkuasa KPK di pejabatnya selepas namanya disebut sebagai suspek kes pemberian kuota daging import kepada Kementerian Pertanian.

Sebelum itu, pada Selasa lalu, KPK telah menahan empat individu di Hotel Le Meridien di sini kerana dipercayai mahu menyerahkan sejumlah wang kepada Luthfi melalui orang tengah.

Semasa ditahan, KPK turut menyita wang berjumlah Rupiah 1 bilion (RM320,000) dalam pecahan Rupiah 100,000, beberapa dokumen perniagaan dan buku akaun bank.

Menurut jurucakap KPK, Johan Budi, sekalipun Luthfi tidak berada di tempat jenayah itu berlaku, namun pegawai penyiasat kes tersebut mempunyai bukti kukuh bahawa anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia itu ada pertalian dalam kes itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment