My Add

Saturday 9 February 2013

Shinzo Abe tuntut Beijing mohon maaf

TOKYO, SABTU, 09 Februari, 2013: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe semalam menuntut Beijing memohon maaf dan mengakui bahawa kapal milik China telah menghalakan radar sasaran senjatanya ke arah kapal pemusnah Jepun di perairan antarabangsa.

Tuntutan itu berlaku selepas Beijing menafikan tuduhan Tokyo, dalam kehangatan pertikaian antara China dan Jepun ke atas beberapa pulau di Laut China Timur.

"Kami ingin China mengakui perkara tersebut, memohon maaf dan mengambil usaha bagi mengelakkan ia daripada berulang lagi ," katanya kepada stesen televisyen BS Fuji, lapor agensi berita Jiji Press. - AFP

No comments:

Post a Comment